Program Zoning Sandakan Kumpulan 2 Subzon A
Tarikh: 6 Julai 2011
Tempat: SMK Elopura Sandakan
Para pentadbir serta wakil daripada beberapa sekolah menengah daerah Sandakan telah mengunjungi SMK Elopura pada 6 Julai 2011. Program Zoning Sandakan ini merupakan usaha yang telah dijalankan bagi berkongsi pengalaman dan kemahiran khasnya dalam usaha pembestarian sekolah.
Sekolah-sekolah menengah yang terlibat dalam rombongan program zoning ke SMK Elopura Sandakan termasuk:
- SMK Muhibbah Sandakan
- SMK Segaliud
- SMK Balaban Jaya
- SMK Libaran
- SMK Batu Sabi
Para tetamu telah memantau proses pengajaran dan pembelajaran bestari di kelas-kelas menengah rendah. Perkongsiaan yang dilakukan selepas pemantauan telah memberi sumbangan yang amat berharga bagi pihak pentadbiran SMK Elopura Sandakan. Menurut Pengetua, Puan Hajah Kalsom Abd Aziz, isu yang dibangkitkan oleh rombongan zoning ini dapat dijadikan panduan dalam pengurusan kurikulum kelak. Sememangnya cabaran yang dihadapi sekolah adalah serupa maka perkongsiaan ini adalah objektif utama program zoning.

































