Laporan Aktiviti & Berita

Technorama -It Fiesta 2017



arikh : 31 Julai – 3 Ogos 2017

Tempat : SK St Monica,Sandakan

Seramai 14 orang pelajar dari SMK Elopura telah menyertai Program Technorama- It Fiesta¬†yang bertempat di SK St Monica baru-baru ini.Pelajar yang terdiri daripada pelajar tingkatan 1, 2 dan 4 telah didiringi oleh 3 orang guru penasihat iaitu cikgu Sarhana, cikgu Sarjani dan cikgu Jaydy. Program tersebut telah berlangsung selama 4 hari dan antara aktiviti yang dilaksanakan adalah Bengkel Digital Storytelling, Bengkel Aniclix dan ‘Educational Games’.

Sepanjang program tersebut, pelajar diajar teknik untuk menghasilkan video pendek dan juga animasi. Aktiviti ‘Educational games’ hanya berlangsung pada hari terakhir program dan dalam permainan ini, seramai 4 orang pelajar SMK Elopura berjaya membawa pulang wang tunai mengikut kedudukan tempat kumpulan masing-masing. Semua peserta program juga mendapat sijil dan sling bag daripada pihak penganjur.

Syabas kepada semua pelajar yang terlibat dalam program Technorama It-Fiesta 2017.Semoga segala ilmu dan kemahiran yang diperoleh dalam bengkel tersebut dapat dimanfaatkan untuk meningkatkan prestasi diri dan juga sekolah. Syabas juga kepada pelajr-pelajar sekolah Seni yang telah memberikan persembahan yang memukau pada acara penutupan program Technorama-It fiesta 2017.

 


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.