Taklimat Suntikan Pelalian HPV
Tarikh: 25 Januari 2011
Tempat: Dewan Persona SMK Elopura Sandakan
Pada 25 Januari 2011,jam 1.30pm bertempat di Dewan Pesona SMK Elopura, satu taklimat mengenai suntikan pelalian HPV kepada pelajar tingkatan 1 dan 2 oleh Jururawat Artiny Ayung dan Cik Hilda Thessin dari Klinik Kesihatan Sandakan telah diadakan. Taklimat ini juga bertujuan memberi kesedaran kepada para pelajar perempuan tentang bahayanya Kanser rahim dan pentingnya pencegahan awal iaitu melalui suntikan HPV. Pada hari itu juga semua borang kebenaran suntikan dari ibubapa dihantar kepada jururawat bertugas. Taklimat tersebut tamat pada jam 2.25pm.
























