Laporan Aktiviti & Berita

TAHNIAH PELAJAR STPM 2016 LULUS 100% / GPS 2.86



TARIKH  : 28 FEBRUARI 2017

TEMPAT : DEWAN PERSONA SMK ELOPURA

Baru-baru ini, Majlis Penyerahan Slip Peperiksaan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) tahun 2016 telah diadakan di Dewan Persona SMK Elopura. Majlis tersebut dihadiri oleh calon STPM 2016 dan turut dimeriahkan oleh para pelajar Tingkatan 6 Atas pada tahun ini. Pihak sekolah mengucapkan  tahniah  kepada semua calon STPM 2016 kerana telah berjaya mengekalkan peratus kelulusan 100% buat tahun yang kedua. Gred Purata Sekolah (GPS) juga telah meningkat daripada 2.81 pada tahun 2015 kepada 2.86 pada tahun 2016.

SMK Elopura yang mempunyai 98 orang calon berdaftar telah dianugerahi Sijil Kecemerlangan oleh Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Hajah Maimunah Hj. Suhaibul. Selain itu, salah seorang pelajar SMK Elopura juga telah mengharumkan nama sekolah kerana mencatatkan keputusan yang cemerlang, iaitu Adik Nurfaizatul Aini Bin Asik yang mendapat 4A (PNGK 4.00) dalam peperiksaan berkenaan. Beliau merupakan salah seorang daripada 31 orang pelajar cemerlang 4A Negeri Sabah yang menerima sijil penghargaan di Jabatan Pendidikan Negeri Sabah. Tahniah sekali lagi.

 

 


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.