Laporan Aktiviti & Berita

SMK Elopura: Top Team Hap Seng De-Code 2017



Tarikh : 17 – 20 Julai 2017

Tempat : Elab, SMK Elopura

 

Program De-Code bersama Hap Seng Group merupakan program yang mengajar individu  yang berumur antara 8 hingga 15 tahun tentang dunia pengaturcaraan komputer. Program ini merupakan inisiatif Hap Seng Group Sdn Bhd dengan kerjasama Startup Malaysia Organization dan Kementerian Pelajaran Malaysia.

Untuk tahun ini, sebanyak 10 buah sekolah telah menyertai kem ini iaitu SMK TAMAN FAJAR,SMK ELOPURA, SMK MUHIBBAH,SMK PEREMPUAN,SMK SEGALIUD, SMK ULU SAPI TONGOD,SMK TELUPID TONGOD,SMK PENANGAH TELUPID, SMK BALABAN JAYA BELURAN dan SMK BELURAN 2 BELURAN. Pelajar-pelajar yang mewakili SMK Elopura adalah pelajar-pelajar tingkatan 4 iaitu Al-Shahirah, Siti Maznizah dan Norazimah Masrip dari kelas 4.1.

Dalam kem ini, peserta telah diajar menggunakan bahasa pengaturcaraan seperti html, css dan juga javascript. Selain mempelajari ‘coding’, peserta juga mengikuti aktiviti-aktiviti lain seperti aktiviti berkumpulan dan aktiviti riadah.Untuk projek akhir, peserta diminta menghasilkan sendiri laman web mengikut tema pilihan menggunakan ‘coding’ yang telah dipelajari dan dipersembahkan pada akhir kem tersebut.

Tahniah kepada pasukan SMK Elopura dibawah bimbingan Cikgu Jaydy kerana berjaya dinobatkan sebagai Top Team Hap Seng De-Code 2017.


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.