Laporan Aktiviti & Berita

SMK Elopura Tempat Keempat Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan



Pada 16 November yang lalu, SMK Elopura telah berjaya mendapat tempat keempat dalam Anugerah Pembestarian Sekolah peringkat Kebangsaan yang telah berlangsung di Auditorium Bahagian Teknologi Pendidikan Kuala Lumpur. Anugerah ini adalah hasil kerjasama yang padu antara pentadbir, guru, pelajar dan juga ibu bapa dalam melaksanakan aktiviti pembestarian sekolah sejak tahun 1998 sehinggalah masa kini.Jutaan terima kasih kepada Kementerian Pelajaran Malaysia di atas Penganugerahan ini dan tahniah diucapkan kepada semua warga SMK Elopura.Diharapkan Penganugerahan ini akan dapat memantapkan lagi penggunaan ict dalam bidang pengajaran dan pembelajaran  dan juga pentadbiran sekolah.


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.