Laporan Aktiviti & Berita

SMK Elopura Memenangi 3 Anugerah Pembestarian Peringkat Sandakan



Pada 17 Februari 2017 yang lalu, SMK Elopura telah memenangi 3 Anugerah  dalam Kategori Pembestarian Sekolah Peringkat Daerah Sandakan. Antara Anugerah yang dimenangi adalah Anugerah SSQS 2016 kerana mendapat Tempat Keempat dalam Anugerah Pembestarian Sekolah Peringkat Kebangsaan, Anugerah Makmal Komputer Sekolah dan Anugerah SSQS 5 Bintang Peringkat Daerah Sandakan. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga SMK Elopura yang sentiasa berusaha gigih untuk membantu sekolah mencapai kejayaan sekaligus meningkatkan martabat SMK Elopura sebagai Sekolah Bestari Perdana di Sandakan.


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.