Laporan Aktiviti & Berita

Seminar Pelajar Cemerlang SPM ‘Creme de la Creme’



Tarikh: 11 Oktober 2010 (Isnin)

Tempat: Sabah Hotel, Sandakan

Pelajar Cemerlang SPM SMK Elopura Sandakan menyertai Seminar Pelajar Cemerlang SPM ‘Creme de la Creme’ Sekolah Menengah Gabungan Sandakan 2010 anjuran bersama Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan, Majlis Pengetua Sekolah Menengah Gabungan Sandakan dan Majlis Guru Kaunseling Sandakan di Sabah Hotel baru-baru ini. Penyertaan SMK Elopura telah menyumbang kepada kehadiran seramai 198 orang pelajar SPM 2010.

Para pelajar berpeluang mendengar dan melibatkan diri dalam ceramah yang disampaikan oleh Dr. Morni Kambrie berkaitan dengan persiapan menghadapi peperiksaan.

Majlis Perasmian dan Penutupan telah disempurnakan oleh YB Datuk Dr. Haji Muhiddin Yusin, Pengarah Pelajaran Negeri Sabah.

Dalam Majlis tersebut, ternampak ketrampilan pelajar SMK Elopura apabila adik Mohd. Luqmanul Hakim Malik memimpin kumpulan ikrar dalam pembacaan ikrar peserta. Skrol ikrar peserta kemudiaannya diserahkan oleh Tuan Haji Othman Bin Hashim, Pengerusi Majlis Pengetua Sekolah Menengah Sandakan (MPSMS) kepada Pengarah Negeri Sabah.