Laporan Aktiviti & Berita

Pelancaran Kempen Sekolah Lestari



Tarikh: 29 Januari 2011

Tempat: SMK Elopura Sandakan

Untuk menyahut cabaran untuk melestarikan kawasan sekolah dan juga menyumbang kepada usaha mengekalkan sumber alam, pihak pentadbiran telah berusaha menjadi SMK Elopura Sandakan sebuah ‘Sekolah Lestari’.

Penanaman pokok dan projek menghijaukan alam sekitar sekolah telah pun bermula sejak tahun lalu. Usaha ini ditingkatkan lagi dengan Kempen ‘Go Green’ yang akan dilaksanakan dibawah pimpinan PK KOKUM pada tahun 2011.

Dalam upacara penlancara, Pn Kalsom Abd Aziz, pengetua sekolah menyatakan bahawa untuk menyahut cabaran ‘Sekolah Lestari’, pihak sekolah akan melaksanakan konsep 5R dan 5S. Dalam pada itu, juga turut dikongsi bahawa 4 program am sepanjang tahun akan diperkenalkan dan usaha tahun lalu dipergiatkan. Program yang dimaksudkan:

  1. Kempen ‘Go Green’
  2. Pengunaan ‘Garbage Enzyme’
  3. Pelaksanaan ‘Decomposing Waste’
  4. Kempen ‘No Plastic Bag’

Kempen ‘Sekolah Lestari’ ini adalah satu lagi usaha SMK Elopura Sandakan untuk menyumbang kepada pembangunan alam sekitar serta pembentukan sahsiah para pelajar, guru dan staf.