Sehari Bersama Panitia Matematik – “Matematik Nadi Ilmu”
Tarikh : 11 April 2011 (Isnin)
Tempat : Dewan Persona & Sekitar SMK Elopura
Pada 11 April 2011 yang lalu Panitia Matematik dengan jayanya telah menganjurkan program “Sehari Bersama Panitia Matematik” dengan tema program “Matematik Nadi Ilmu” (Mathematics Impulse of Knowledge).
Objektif penganjuran program ini ialah untuk meningkatkan dan menanam minat pelajar terhadap subjek Matematik dengan mendedahkan pelajar kepada aktiviti-aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan Matematik. Di samping itu juga menyediakan ruang untuk pelajar mengembangkan potensi diri bersesuaian dengan konsep JERIS, sebagai mana yg terdapat dlm logo baru Bidang Sains dan Matematik.
Buat julung-julung kalinya juga aktiviti ini dijayakan dengan guru-guru panitia memakai kemeja-T berwarna oren, yg ditempa khas sebagai memeriahkan lagi program tersebut.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
Sidang Pagi
1) VOCABLE MATH – Melengkapkan istilah matematik.
2) EXPLORACE – Menyelesaikan soalan mengikut lokasi yg ditentukan.
3) POLYGON ART – Mencipta hasil seni poligon pada kertas kad manila.
4) CUBE – Melengkapkan warna permainan kiub.
Sidang Petang
1) KUIZ MATEMATIK – Menjawab soalan yg diberikan.
2) SODOKU – Menyusun nombor
3) EXPLORACE – Menyelesaikan soalan mengikut lokasi yg ditentukan.
4) MENGHAFAL RUMUS – Berdasarkan rumus yg disediakan.
Penyertaan pelajar-pelajar dalam setiap aktiviti yang dijalankan begitu membanggakan. Pelajar-pelajar begitu komited dan bersungguh-sungguh dalam setiap pertandingan yang disertai. Justeru itu pihak panitia mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga Elopura yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program tersebut. Tidak dilupakan ucapan tahniah kepada pemenang-pemenang aktiviti-aktiviti yang dinyatakan di atas. Diharapkan lebih ramai lagi penyertaan pada masa-masa akan datang, sampai jumpa lagi.

































