Sehari Bersama Panitia BM
Tarikh: 7 Mac 2011
Tempat: SMK Elopura Sandakan
Pada 7 Mac 2011 bersamaan hari Isnin yang lepas, majlis pelancaran dan perasmian Program Sehari Bersama Panitia BM/Sastera telah berlangsung di Dewan Persona SMK Elopura dengan penuh gemilang.
Setelah semua warga dewan bersama-sama menyanyikan lagu Bahasa Jiwa Bangsa, sebagai simbol perasmian, para pentadbir dan guru-guru telah diberi sampul bertuah. Salah seorang yang bertuah yang telah mendapat sebuah sajak di dalamnya ialah En. Kwok Chee Yen dan telah dikehendaki mendeklamasikan sajak. Tepukan gemuruh oleh para pelajar menggamatkan suasana di Dewan Persona apabila En. Kwok Chee Yen menyampaikan sajak bertajuk ‘Biar’ karya Nordin Abdullah, Pelita Bahasa 2009 dengan penuh bersemangat. Dengan itu, pelancaran dan perasmian telah diakhiri dengan penyampaian cenderahati bertuah oleh tuan pengetua Pn. Hjh. Kalsom Hj. Abd. Aziz diiringi oleh Cik Salmiah Mohama, KB Bahasa kepada En. Kwok Chee Yen. Manakala, Pn. Chan Yee Ning menyampaikan sajak pada sidang petang dan penyampaian cenderahati bertuah oleh Penolong Kanan Petang En. Alias Che Long. Semua pelajar sesi petang dan guru-guru bersama-sama menyanyikan lagu Bahasa Jiwa Bangsa, sebagai simbol perasmian. Semua pelajar juga telah mendapat sekeping penanda buku ‘Lagu Bahasa Jiwa Bahasa’ sebagai ole-ole sempena Program Sehari Bersama Panitia BM/SASTERA 2011.
Pelbagai aktiviti dan pertandingan telah dijalankan sepanjang program Sehari Bersama Panitia BM/Sastera. Berikut adalah keputusan pertandingan:
Sayembara Deklamasi Sajak
Kategori Individu (Sesi Pagi)
Johan : Noor Atika Sampai (4.2)
Naib Johan : Erina Mikail (5.4)
Ketiga : Allishah Asparina (5.1)
Kategori Individu (Sesi Petang)
Johan : Alme Shafaie Pidahri (2.3)
Naib Johan : Mohd. Budiman Borhan (1.2)
Ketiga : Rosdiana Rosli (3.2)
Kategori Kumpulan (Sesi Pagi)
Johan : Kelas 5.2
- Musminah Mustain,
- Nik Iffah Atiqa Nik Zulkiefli,
- Nurhermeldaniza Wahid &
- Datu Muhammad Azlan Datu Muhammad Ali Nafia
Naib Johan : Kelas 4.3
- Trisnawanti Azhar,
- Ardania Jahri,
- Salasiah Ramli &
- Noraini Malik
Ketiga : Kelas 5.1
- Kadir Sharafuddin,
- Nurhamizah Ahmadan,
- Hamizah Murat &
- Muhd. Sahzari Mazari
Kategori Kumpulan (Sesi Petang)
Johan : Kelas 3.2
- Rosdiana Mohd Rosli,
- Alvey Zhoyenn Jibid,
- Nurshafika Jamean,
- Vanessa Selve Alysious,
- Sara Ariman
Naib Johan : Kelas 3.1
- Noor Fazlinda Bt. Jemani,
- Nuratirah Syazwanie Bt. Mokhtar,
- Siti Sulaeha Bt. Yunus &
- Kasinah Bt. Pansung
Ketiga : Kelas 3.3
- Rabiatul Afiqah Hairum,
- Suriati Samsudin,
- Zainah Akil,
- Nor Azela Abd.Rashid
Pertandingan Pidato Piala Ketua Bidang Bahasa
Johan : Nurul Haslinda Abdul Kahar (5.4)
Naib Johan: Kadir Sharafudin (5.1)
Ketiga: Iliy Nazifah Ayub (4.2)
Sayembara Mencipta Puisi
Mencipta Syair (sesi pagi)
Johan: Nurul Haslinda Abdul Kahar (5.4)
Naib Johan: Erina Mikail (5.4)
Ketiga: Norfazilah Nordi (5.1)
Mencipta Gurindam (sesi pagi)
Johan: Norhidaya Kachong (5.1)
Naib Johan: Fazli Bin Murai (4.1)
Ketiga: Hazizul Selamat (5.1)
Pertandingan Kanvas Seni Bahasa
Kategori Tingkatan 1
Johan: Kelas 1.1
Naib Johan: Kelas 1.4
Ketiga: Kelas 1.7
Kategori Tingkatan 2
Johan: Kelas 2.4
Naib Johan: Kelas 2.3
Ketiga: Kelas 2.1
Kategori Tingkatan 3
Johan: Kelas 3.4
Naib Johan: Kelas 3.1
Ketiga: Kelas 3.2
Kategori Tingkatan 4
Johan: Kelas 4.1
Naib Johan: Kelas 4.5
Ketiga: Kelas 4.3
Kategori Tingkatan 5
Johan: Kelas 5.6
Naib Johan: Kelas 5.7
Ketiga: Kelas 5.3
Majlis penyampian hadiah dan penangguhan Program Sehari Bersama Panitia BM/SASTERA 2011 telah berlangsung di Dewan Persona pada 21 Mac 2011. Semua pemenang pertandingan telah mendapat hadiah yang telah disampaikan oleh Pn. Hjh. Kalsom Hj. Abd. Aziz, pengetua SMK Elopura. Sebagai simbol penangguhan program, Pn. Nurullitah Madasila selaku penyelaras telah menyampaikan Buku Laporan Program SBP BM/SASTERA 2011 dan Folio Puisi Pelajar kepada Tuan Pengetua yang akan disimpan di Pusat Sumber Munsyi Abdullah SMK Elopura. Majlis penangguhan telah diakhiri dengan persembahan pidato oleh Saudari Nurul Haslinda Abdul Kahar (5.4) yang telah menjuarai Pertandingan Pidato Piala KB Bahasa dengan tajuk pidatonya “Bahasa Melayu, Bahasa Kita”.






























