Sehari Bersama Panitia Sains dan Sains Tulen – “Live Curious”
Tarikh : 27 April 2011
Tempat : Dewan Persona, Gelanggang Hijau, Makmal Kimia, Makmal TM & Bilik KDP
Pada 27 April 2011 yang lalu Panitia Sains dan Panitia Sains Tulen secara bekerjasama telah menganjurkan program “Sehari Bersama Panitia Sains dan Sains Tulen” dengan tema program “Live Curious”.
Objektif penganjuran program ini ialah untuk meningkatkan minat pelajar terhadap mata pelajaran Sains dengan mendedahkan pelajar kepada aktiviti-aktiviti kokurikulum yang berkaitan dengan Sains. Di samping itu juga menyediakan ruang untuk pelajar mengembangkan potensi diri bersesuaian dengan konsep JERIS.
Antara aktiviti yang dijalankan ialah :
• Puzzle Science – Penyertaan semua pelajar tingkatan 2
• Spelling Bee In Science – Penyertaan pelajar tingkatan 3
• Glossary Science – Penyertaan semua pelajar tingkatan 5
• Explorace – Penyertaan kumpulan kelas tingkatan 1 & 4
• Assembly Computer – Penyertaan pelajar tingkatan 4 & 5 kecuali pelajar-pelajar 4.2 & 5.2
• Jom PS – Penyertaan pelajar-pelajar tingkatan 4 & 5
Penyertaan pelajar-pelajar dalam setiap aktiviti yang dijalankan begitu membanggakan. Pelajar-pelajar begitu komited dan bersungguh-sungguh dalam setiap pertandingan yang disertai. Justeru itu pihak Panitia Sains dan Panitia Sains Tulen mengucapkan ribuan terima kasih kepada seluruh warga Elopura yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam menjayakan program “Sehari Bersama Panitia Sains dan Sains Tulen” pada tahun ini. Tidak dilupakan ucapan tahniah kepada pemenang-pemenang aktiviti-aktiviti yang dinyatakan di atas. Berjumpa kita lagi pada tahun hadapan.

































