Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah
Tarikh: 13 Mac 2010
Tempat: SMK Elopura Sandakan
Sambutan Maulidur Rasul yang disambut di peringkat sekolah baru-baru ini dapat dilaksanakan dengan jayanya dan mendapat sambutan yang baik di kalangan semua warga Elopura sekalipun pada hari itu banyak sekolah yang telah bercuti. Antara hadaf yang ingin dicapai melalui program ini adalah untuk menyegarkan dan menyuburkan semula perasaan cinta dan kasih terhadap Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w. serta menambahkan pengetahuan tentang sirah Junjungan Kekasih Allah s.w.t.
Antara aktiviti-aktiviti yang telah dilaksanakan bagi mengisi program ini seperti perarakan oleh guru-guru dan pelajar, pertandingan sepanduk dan kontinjen terbaik, kuiz agama, ceramah agama, solat dhuha dan hajat, persembahan nasyid, sajak, pentomen, tayangan video dan pameran berkaitan Nabi Muhammad S.A.W.
Syukran jazilan diucapkan kepada semua warga Elopura atas sumbangan dan komitmen yang diberikan bagi menjayakan program ini. Maa’ssalamah.Wa ilal liqa’.




































