Laporan Aktiviti & Berita

SAMBUTAN HARI GURU PERINGKAT SEKOLAH 2016



Tarikh: 26 Mei 2016

Tempat: Dewan Persona

Pada 26.05.2016 bersamaan Khamis, SMK Elopura telah mengadakan Sambutan Hari Guru Peringkat Sekolah dengan tema ‘Back To School’

Acara bermula dengan perhimpunan di Medan Elobest bersama para pelajar sebelum acara jamuan di Dewan Persona. Antara aktiviti yang dilaksanakan semasa jamuan adalah cabutan bertuah, sambutan hari lahir dan persembahan daripada pelajar Sekolah Seni Malaysia Sabah.

Sambutan ini menarik perhatian pelajar sekolah kerana rata-rata guru mengenakan pakaian sekolah yang mengembalikan nostalgia zaman persekolahan.

Adalah diharapkan sambutan ini menjadi penyuntik semangat guru-guru agar dapat mendidik anak bangsa kini yang penuh dengan cabaran selaras dengan slogan hari guru iaitu Guru Pembina Negara Bangsa.


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.