Laporan Aktiviti & Berita

SAMBUTAN BULAN KEBANGSAAN 2017



TARIKH : 14 Ogos – 20 September 2017

 TEMPAT : SMK Elopura Bestari Sandakan, Sabah.

Pada 14 ogos sehingga 20 September yang lalu, SMK Elopura telah menjalankan program sempena Hari Kebangsaan 2017.Tujuan sambutan bulan kebangsaan ini diadakan adalah untuk memupuk semangat patriotisme dan cinta kepada negara dalam kalangan pelajar dan guru-guru, meningkat kesedaran dan penghayatan kemerdekaan negara dan mendorong serta mencetus kreativiti pelajar dalam menyemarakkan sambutan kemerdekaan negara. Dengan menyambut bulan kebangsaan, pelajar akan merasai pengalaman sambutan dan berasa megah dengan hari kebangsaan negaranya sendiri. Bak kata pepatah, tak kenal maka tak cinta.

Antara aktiviti yang dijalankan adalah program Keceriaan Sekolah,Pertandingan Kelas Patriotik,Pertandingan Swafoto Merdeka,Pertandingan Buku Skrap Sehati Sejiwa,Pertandingan dan Pameran Bahan 3D,5 Minit Dalam Sejarah dan Tokoh Sejarawan Muda.

Melalui sambutan bulan kemerdekaan, kita dapat mengekalkan perpaduan antara kaum di negara kita. Umum mengetahui bahawa Melayu, Cina dan India merupakan kaum majoriti di negara kita selain kaum Dusun, Kadazan, Bidayuh, Melanau yang menjadi kaum minoriti. Negara yang harmoni dan sejahtera hanya akan dapat dibentuk jika semua kaum ini dapat bersatu padu, bekerjasama dan bertoleransi. Melalui sambutan bulan kemerdekaan, semua kaum dapat berkumpul bagi meraikan hari kemerdekaan negara yang kita cintai ini.


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.