Sambutan Aidil Adha dan Majlis Qurban
Tarikh: 17 November 2010
Tempat: Masjid Al-Aqsa, SMK Elopura
Pada Hari Raya Aidil Adha yang lalu telah berlangsung Sambutan Aidil Adha dan Majlis Qurban peringkat SMK Elopura anjuran Kelab Kebajikan Staf (KKS), SMK Elopura yang diketuai oleh pengerusinya Ustaz Mohd Nazri Md. Nayan. Majlis pada pagi tersebut dimulakan dengan solat sunat Aidil Adha yang dipimpin oleh Ustaz Mohd Shaiful Lizam Abdul Rahim dan bacaan khutbah oleh Ustaz Khairulasyraf Ismail. Selepas selesai solat, para jemaah dijemput ke kantin bagi sama-sama menikmati juadah hari raya yang telah disediakan oleh pihak KKS yang diketuai oleh Puan Rosnah Hashim.
Selepas jamuan tersebut, diadakan pula acara kemuncak iaitu Majlis Qurban melibatkan 3 ekor lembu. Majlis tersebut juga mendapat kerjasama PIBG dan juga pelajar-pelajar asrama. Selepas selesai upacara penyembelihan, daging-daging qurban tersebut telah diagih-agihkan kepada peserta-peserta qurban. Tuan pengetua, Puan Hjh Kalsom Abd Aziz juga bermurah hati telah menyedekahkan sebahagian daging qurbannya kepada pihak sekolah untuk jamuan tengah hari pada hari tersebut.
Majlis pada hari tersebut diakhiri dengan jamuan tengah hari di Dewan Persona, SMK Elopura. Semoga majlis ini mendapat keberkatan daripada Allah SWT dan dapat diteruskan pada masa masa yang akan datang.























