Latihan Pertolongan Cemas Sains Sukan
Tarikh: 30 Mac 2010
Tempat: SMK Elopura Sandakan
Pada hari ini, pelajar Sains Sukan Tingkatan 6.2.4 mendapat pendedahan pertolongan cemas khasnya dalam membuat balutan asas dengan menggunakan kain anduh tiga segi (triangular bandage) serta kain anduh bergulung (roller bandage). Kesemua pelajar kelas ini menunjukkan minat dan memberi perhatian yang sepenuhnya. Mereka turut membuat praktikal balutan. Para pelajar juga berpeluang untuk mempelajari cara mengangkat mangsa.




































