Laporan Aktiviti & Berita

Lawatan Rombongan AFS Malaysia



Tarikh: 26 Mac 2010

Tempat: SMK Elopura Sandakan

Satu rombongan dari AFS Malaysia ataupun lebih dikenali sebagai Antarabudaya Malaysia telah membuat kunjungi rasmi ke SMK Elopura Sandakan bagi menyebarkan program mereka. Antara tarikan utama adalah kehadiran pelajar-pelajar dari negara asing yang kini berada di Malaysia untuk program pertukaran belia. Antara negara yang diwakili termasuklah Peranchis, Amerika Syarikat, Hungary, Itali, German dan lain-lain. Turut hadir adalah En. Darmarisyanto Bin Alias dari AFS Malaysia serta Saudara Kelvin Kwok, pelajar berasal dari Sandakan yang telah kembali daripada program 2 minggu di Jepun untuk berkongsi pengalaman. Rombongan ini diketuai oleh En. Alias Bin Darman dari Jabatan Pelajaran Daerah. Para pelajar SMK Elopura berpeluang mendapat maklumat lanjut mengenai syarat penyertaan program pertukaran pelajar yang ditawarkan. Mereka turut sempat bertukar-tukar pandangan dengan tetamu dari jauh ini. AFS Malaysia boleh dihubungi melalui laman web mereka di http://www.afs.org.my/