Laporan Aktiviti & Berita

READ 2011 : One Nation Reading Together



Tarikh: 2 November 2011 (Selasa)

Tempat: Dewan Persona, SMK Elopura

Serentak seluruh negeri Sabah telah berlangsung program READ 2011 : One Nation Reading Together. Di peringkat SMK Elopura program bermula dengan pukulan gong oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik, Encik Kwok Chee Yen yang mewakili Tuan Pengetua sebagai tanda simbolik bermulanya program READ 2011.

Pembacaan secara senyap ini bermula pada jam 9.30 pagi dan berakhir pada jam 10.03 pagi. 2 orang wakil pelajar telah menyampaikan  ulasan buku yang telah dibaca. Program ini diakhiri dengan penyampaian sijil kepada pelajar oleh Penolong Kanan Pentadbiran dan Akademik, Encik Kwok Chee Yen.