Laporan Aktiviti & Berita

Pembentangan Hasil Projek Sains Tingkatan 2



Tarikh: 30 September 2010 (Khamis)

Tempat: Dewan Persona

Pelajar-pelajar Tingkatan 2.1 menyampaikan hasil kerja kursus Sains mereka dalam kumpulan  masing-masing. Tajuk pembentangan adalah berkaitan dengan sistem pencernaan manusia.

Ketiga-tiga kumpulan menyampaikan hasil masing-masing dengan kreatif. Pelajar-pelajar Tingkatan 2 yang lain turut hadir sebagai penonton dan turut memberi sokongan moral kepada rakan sebaya mereka.

Pembentangan ini dibawah pimpinan Cikgu Latipah Ayop. Selepas pembentangan, guru Sains mereka Cikgu Latipah memberi komen dan juga mengundang para penonton untuk memberi pandangan masing-masing. Sesi pembentangan dijalankan dengan sempurna. Cikgu Latipah berharap agar kelas Tingakatan 2 yang lain juga dapat pengalaman yang serupa pada masa yang akan datang.