Laporan Aktiviti & Berita

PROGRAM TITIAN KASIH DYTM TUANKU RAJA MUDA PERLIS 2016



Tarikh: 15 Jun 2016

Tempat: Dewan Persona SMKE

Program Titian Kasih 2016 bersama DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Ibni Tuanku Syed Sirajuddin Jamalullail telah diadakan pada 15 Jun 2016 (Rabu) bersamaan dengan 10 Ramadhan 1437H bertempat di Dewan Persona SMK Elopura Sandakan. Turut sama hadir dalam menyambut keberangkatan DYTM Tuanku ialah Tn Hj Sharif Mahada Hj Sharif Attar, Pegawai Pendidikan Daerah Sandakan, En Salamun Ali, YDP Persatuan Ibubapa dan Guru SMK Elopura, En Rizalmi Bin Dahaman, Pengetua MRSM Sandakan, ALUMNI SMK Elopura serta warga PPD Sandakan.

Keberangkatan tiba DYTM Tuanku disambut meriah dan dimulakan dengan acara penanaman pokok bunga kertas “Bouganvillea”. Acara Perasmian E-Lab SMK Elopura Sandakan telah disempurnakan oleh DYTM Tuanku dengan menandatangani plaque perasmian dan seterusnya melawat PdP Demonstrasi Integrasi ICT Kelas KAA serta sudut kaligrafi tulisan bahasa Jawi.  Pelancaran Program Community Social Responsibility (CSR) UNIMAP-SMK Elopura turut dijayakan dengan pemberian bahan ilmiah dari Ybhg Dato’ Profesor Dr. Zul Azhar bin Zahid Jamal, Naib Canselor Universiti Malaysia Perlis kepada Pn Hjh Kalsom Hj Abd Aziz, Pengetua SMK Elopura Sandakan.

 Warga sekolah menjunjung kasih atas keberangkatan DYTM Tuanku Raja Muda Perlis ke SMK Elopura Sandakan dan mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada semua pihak yang telah terlibat dalam menjayakan program ini.


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.