PROGRAM SELANGKAH KE MENARA GADING ANJURAN YAYASAN SABAH

TARIKH : 09 Oktober 2017
Tempat : Dewan Persona SMK Elopura
Pada 09 Oktober 2017 bersamaan hari Isnin, Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Utara dengan kerjasama SMK Elopura Sandakan telah menganjurkan program Selangkah Ke Menara Gading. Program ini bertujuan untuk memberi pendedahan kepada pelajar tentang hala tuju mereka selepas STPM & SPM. Program tersebut dihadiri oleh kesemua pelajar tingkatan 6 Atas dan 5 SMK Elopura. Program dimulakan dengan ceramah motivasi daripada Dr. Hajah Ananglangka Binti Mad Kassim, disusuli dengan taklimat hala tuju selepas pengajian oleh Puan Hajah Rosinah Binti Haji Abd Moin, Pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Utara. Seterusnya, pengisian program diteruskan dengan ceramah motivasi oleh Ustaz Malai Ali Bin Malai Ahmad. Selesai pengisian ceramah dan taklimat, program diteruskan dengan majlis penutupan program. Majlis penutupan dimulakan dengan ucapan aluan oleh Puan Hajah Rosinah Binti Haji Moin selaku pengurus Kumpulan Yayasan Sabah Zon Pantai Timur Utara, disusuli ucapan penangguhan oleh Puan Hajah Kalsom Binti Haji Abdul Aziz, pengetua SMK Elopura.