Laporan Aktiviti & Berita

PROGRAM RESTU ILMU PT3 & SPM



TARIKH : 6 Oktober 2017

TEMPAT : Dewan Persona SMK Elopura

‘Ku Pohon Restumu Ibu dan Ayah serta Guruku’ … Majlis Solat Hajat & Restu Ilmu khusus untuk calon-calon PT 3 dan SPM tahun 2017 telah diadakan pada 6 Oktober 2017 iaitu pada hari Jumaat jam 7.00 pagi hingga 5.00 petang. Bacaan Yasin & acara mohon restu dijalankan secara berasingan kerana peralihan sesi persekolahan kepada dua sesi, manakala solat Hajat dijalankan bersama.

Majlis ini diadakan bertujuan memberi kesadaran kepada murid-murid tentang pentingnya keredhaan guru dan ibu bapa dalam kehidupan seharian seterusnya memberi peluang kepada pelajar untuk memohon restu ilmu dan memohon maaf dari semua guru dan warga sekolah. Majlis dimulakan dengan bacaan Yassin, Solat Dhuha & Solat Hajat yang dikendalikan oleh Unit Dakwah SMK Elopura. Sebelum acara restu ilmu, pelajar disuntik dengan kata-kata motivasi daripada kaunselor jemputan iaitu En. Saliwangan Bin Hassan dan En. Mohd Zaki Bin Harun.

Majlis Restu Ilmu dimulakan dengan ucapan pengetua, Puan Hajah Kalsom Binti Haji Abdul Aziz disusuli ucapan Yang Dipertua Agung PIBG SMK Elopura, En. Salamun Ali. Sesi bersalam-salaman antara pelajar dengan ibu bapa dan guru-guru berjalan dengan lancar, pihak sekolah menyediakan cenderahati kepada calon PT3 dan SPM. Acara Jaya Waris menjadi acara penutupan yang dikendalikan oleh Unit Kurikulum dengan kerjasama guru kelas dan pembantu guru kelas tingkatan 3 dan 5.

 

 


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.