Laporan Aktiviti & Berita

PROGRAM PERKONGSIAN TEKNIK MENJAWAB SAINS SPM 2016



Tarikh: 23 Mei 2016 (Isnin)

Tempat: E-Lab SMK Elopura

Pada 23 Mei 2016, SMK Elopura dan Pejabat Pendidikan Daerah Sandakan telah menganjurkan sebuah Program Perkongsian Teknik Menjawab Sains SPM 2016 yang bertempat di E- Lab SMK Elopura. Program ini merupakan satu program yang lebih menjurus ke arah peningkatan prestasi Sains SPM dan meningkatkan peratus kelulusan dalam kertas peperiksaan SPM Sains. Seramai 55 orang guru sains sekolah menengah daerah Sandakan telah menyertai program ini. Penceramah bagi program ini telah dijemput khas daripada SMK St Michael, Penampang iaitu Pn. Judith Fedilis Donsia yang merupakan guru berpengalaman dalam mengajar subjek sains. Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dan berakhir pada jam 4 petang. Majlis penutupan program ini telah dihadiri oleh Pn Pengetua, Hjh Kalsom Hj Abd Aziz dan Penolong Kanan Kurikulum, En Kwok Chee Yen bagi menyampaikan sijil kepada peserta dan penghargaan kepada penceramah.


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.