Laporan Aktiviti & Berita

PROGRAM PEPERIKSAAN DELF A1



TARIKH                        : 15 – 17 Ogos 2016

PUSAT PEPERIKSAAN : SM SAINS LAHAD DATU

Peperiksaan Diplome d’Etude de Langue Francaise / DELF dan Diplome Approfondi de Langue Francaise / DALF merupakan ujian bahasa yang paling relevan untuk bahasa Perancis. Peperiksaan ini dianjurkan oleh kementerian pendidikan Perancis. Peperiksaan DELF melibatkan 6 bahagian. Selepas berjaya menduduki 4 peperiksaan yang pertama, murid akan menerima ijazah pertama dan selepas berjaya menduduki dua peperiksaan terakhir, akan menerima ijazah kedua.

Peperiksaan DALF adalah berdasarkan peperiksaan DELF dan diperlukan sekiranya ingin menuntut di salah sebuah universiti di Perancis. Selepas pelancaran semula peperiksaan ini pada tahun 2005, pelajar yang berjaya lulus dalam setiap peperiksaan boleh mendapatkan setiap sijilnya yang berasingan. Pelajar tidak perlu untuk lulus setiap peperiksaan secara berturut-turut.

Program ini telah diadakan pada 15 hingga 17 Ogos 2016 (Isnin hingga Rabu) bertempat di SM Sains Lahad Datu. Seramai 9 orang murid menduduki peperiksan ini yang merupakan daripada sebilangan murid yang mengambil Bahasa Perancis di SMK Elopura. Matlamat program utama program ini adalah untuk membantu murid-murid terpilih mendapatkan sijil DELF A1 disamping menggalakkan integrasi sosial dengan murid-murid yang mengambil peperiksaan yang sama dari sekolah yang berlainan.

 OBJEKTIF PROGRAM

  •  Mendapatkan sijil DELF A1
  • Memberi motivasi kepada murid-murid untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi
  • Membantu murid-murid menguasai kemahiran berbahasa Perancis dengan lebih baik
  • Menggalakkan program jaringan bersama murid dari sekolah lain

PENYERTAAN MURID

  1. ANGELYCE LIAU YEN YEN
  2. BESSIE ANNABELLE BEDDY
  3. JULIANA BINTI OSMAN
  4. MOHAMAD KHAIRUL FITRI BIN HAIRUL
  5. NOR FAEZAH BINTI DAHARI
  6. NUR FARAHIN
  7. NURMI ADILAH BINTI AMILUDIN
  8. NURWAHIDA AMIRA BINTI HERMAN ERLAMBANG
  9. SITI AISHAH BINTI AMIRWAN

GURU PENGIRING

  1. PN. HAFIZAH BINTI TIMBANG
  2. PN. SUDARMIATY BINTI KAMARUDDIN


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.