Laporan Aktiviti & Berita

Program Mentor Mentee 2011



Tarikh: 28 Mac 2011

Tempat: Dewan Persona

Pada 28.03.2011 bersamaan dengan hari Isnin, Majlis Perlancaran Program Mentor Mentee telah dilangsungkan di Dewan Persona. SMK Elopura dengan berbesar hatinya menjemput YDP PIBG sekolah, Encik Salamun Bin Ali untuk merasmikan majlis yang bermula pada pukul 8.30 pagi. Pelajar- pelajar yang terpilih untuk mengikuti program ini termasuklah pelajar tingkatan 3.1, 3.2, 3.7 dan 3.8 yang dimasukkan ke dalam kumpulan TOP 20 (pelajar harapan untuk memperolehi ‘Straight As’) dan kumpulan Cegah- E (pelajar yang perlu dibimbing untuk memperolehi lulus dalam semua mata pelajaran). Ibu bapa pelajar- pelajar yang terlibat juga dijemput untuk menghadiri majlis ini untuk menyaksikan penyerahan mentee(pelajar) kepada mentor (guru). Program ini diharapkan dapat membantu pelajar untuk cemerlang bukan sahaja dari segi akademik tetapi juga dari segi sahsiah dan pelbagai segi yang lain selain daripada mengikat silaturahim yang lebih erat antara pihak sekolah, pelajar dan juga para ibu bapa.