Laporan Aktiviti & Berita

Program LEVEL UP@SCHOOLS



TARIKH            : 7-9 MEI 2017

TEMPAT          : MIRI MARIOTT RESORT HOTEL, MIRI SARAWAK

Pada 7 Mei 2017 yang lalu, satu program LEVEL UP@SCHOOLS telah diadakan di Miri Mariott Resort Hotel, Miri Sarawak. Dalam program tersebut dua orang pelajar dari SMK Elopura Bestari telah dipilih untuk menyertai program tersebut di bawah bimbingan cikgu Kong Suie Xiang sebagai guru pengiring. Program ini telah berlangsung selama tiga hari.

Objektif program ini adalah memberi pendedahan peluang dan potensi permainan digital serta melatih pelajar dari segi kaedah menghasilkan sebuah permainan digital. Pada hari pertama, para peserta dibekalkan dengan modul oleh pihak penganjur program iaitu, syarikat Malaysia Digital Economy Corporation Sdn Bhd (MDEC). Para peserta telah diajar dan dibimbing untuk menghasilkan sebuah produk permainan digital oleh seorang pakar permainan digital dari syarikat MDEC, iaitu Encik Alex Ong.

Latihan diteruskan lagi pada hari kedua. Selepas latihan selesai dijalankan, pelajar dari SMK Elopura Bestari, iaitu Mohammad Shafiq Ikhmal Bin Kadir dan Carl Farrel Henry telah berjaya menghasilkan sebuah permainan digital dalam bentuk exe. file. Tahniah!

Pada hari ketiga, majlis penutupan dan sesi bergambar talah diadakan. Program telah tamat dan para peserta bertolak balik ke destinasi masing-masing. Akhir sekali, syabas dan tahniah untuk para peserta khasnya pelajar dari SMK Elopura Bestari!

 

levelup-mei-2017-2levelup-mei-2017-1


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.