Laporan Aktiviti & Berita

PROGRAM KHIDMAT MASYARAKAT 1 (TINGKATAN 6 BAWAH) TAHUN 2017



TARIKH : 13 MEI 2017

TEMPAT : SURAU Al-ASYRAF, KELAS 6 BAWAH, DAN DEWAN PERSONA

Tahniah dan setinggi penghargaan kepada para pelajar tingkatan 6 bawah serta para guru  yang terlibat dalam Program Khidmat Masyarakat 1 yang dianjurkan oleh Unit HEM Tingkatan Enam, baru-baru ini. Program gotong-royong tersebut yang bermula seawal jam 7:00 pagi merupakan kesinambungan daripada program Minggu Orientasi Tingkatan 6 Bawah yang lalu. Antara lokasi yang terlibat ialah Surau Al-Asyraf.

Seramai 28 orang pelajar lelaki yang dikawal selia oleh Cikgu Amirruddin, Cikgu Faiz, dan Cikgu Bazli, bertugas di sekitar kawasan Surau Al-Asyraf.

Dalam masa yang sama, seramai 10 orang pelajar mengikut kelas masing-masing pula bergotong-royong menceriakan kelas mengikut kriteria alaf ke-21, termasuklah melabel kerusi, meja, dan sebagainya. Guru-guru yang terlibat dalam menyelia dan memantau perjalanan aktiviti di setiap kelas ialah Cikgu Wee Fwen Yep, Cikgu  Harlina, Cikgu Maslinda, Cikgu Aini, dan Cikgu Connie.

Sementara itu, seramai 5 orang pelajar dari setiap kelas pula menyumbangkan tenaga dalam aktiviti mengecat kerusi plastik di kawasan Dewan Persona. Guru-guru yang terlibat dalam tugasan ini ialah Cikgu Darmawati, Cikgu Jurianah, Cikgu Rovina, Cikgu Monica, Cikgu Leonny, dan Cikgu Chak Kian Hiung.

 


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.