Laporan Aktiviti & Berita

Program Khas Selepas PAT



Tarikh : 23 – 27 Oktober 2017

Tempat : SMK Elopura

Pada 23 hingga 27 Oktober yang lalu,satu program khas telah dilaksanakan untuk mengisi masa persekolahan pelajar selepas tamat menduduki Peperiksaan Akhir Tahun. Antara aktiviti yang dijalankan adalah Pertandingan Choral Speaking, Tayangan Video berkenaan Kempen Anti Merokok,Gotong-royong membersihkan surau,Program Khas Bahasa Melayu,melukis poster,Log in Frog VLE dan juga persembahan nasyid. Bagi aktivit Choral Speaking, pemenang tempat pertama adalah kelas 1.1, tempat kedua kelas 1.2 dan tempat ketiga disandang oleh kelas 1.3. Berikut adalah gambar-gambar yang telah diambil sepanjang program tersebut.


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.