Laporan Aktiviti & Berita

PROGRAM HARI JAYA WARIS 2 /2016



Tarikh: 2 November 2016

Tempat: SMK Elopura

Pada 2 November 2016 yang lalu, telah diadakan Program Hari Jaya Waris 2 bagi tahun 2016. Program ini melibatkan pelajar-pelajar serta ibu bapa bagi tingkatan 1, 2 dan 4. Tujuan program ini diadakan adalah untuk meningkatkan tahap keperihatian dan kesedaran ibubapa terhadap pencapaian akademik pelajar serta meningkatkan kepentingan pencapaian akademik di kalangan pelajar. Selain daripada itu, program sebegini dapat merapatkan hubungan antara guru, ibubapa dan pelajar serta berkongsi maklumat dan kemahiran antara guru dengan ibubapa.

Antara aktiviti yang dijalankan pada hari tersebut adalah:

  1. Taklimat  oleh Pn Chin Lee Lin, sebagai penyelaras Program Hari Jaya Waris 2/2016
  2. Pembentukan jawatankuasa dan senarai tugas telah diberikan kepada setiap guru
  3. Senarai guru kelas dan pelan kedudukan kelas telah diberikan
  4. Penyerahan transkip kepada pelajar oleh guru kelas masing-masing dan mendaftar semula untuk kenaikan tingkatan
  5. Pelajar Tingkatan 4 diberikan transkip di Dewan Persona

 

Program sebegini sangat bermakna kepada pihak sekolah, guru, pelajar serta ibu bapa. Antara impak daripada program ini adalah guru mempunyai keyakinan untuk menjalankan pengajaran dan pembelajaran dengan professional dan sistematik, hubungan yang rapat dan keadaan yang harmoni dapat diwujudkan di kalangan guru, ibubapa serta pelajar serta ibu bapa lebih prihatin dan peka terhadap pencapaian anak-anak mereka. Diharap program sebegini akan terus dijalankan untuk setiap tahun.


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.