Menyahut Cabaran PMR 2009
Tarikh: 07 Oktober 2009
Tempat: SMK Elopura Sandakan
Seramai 268 orang murid Tingkatan 3 SMK Elopura Sandakan menduduki Penilaian Menengah Rendah (PMR) pada hari ini. Sebelum bermulanya sesi peperiksaan, murid-murid berkumpul dan berdoa untuk mendapat Rahmat Ilahi.
Pengetua, Pn Hjh Kalsom Abd Aziz, memberi ucapan dan kata-kata motivasi bagi mereka yang akan menduduki peperiksaan. Puan Pengetua menyakinkan para murid bahawa setiap warga SMK Elopura akan memberi sokongan moral bagi mereka dan sokongan guru-guru akan diwakili oleh hadiah alatulis yang mereka terima semasa ‘Majlis Minta Restu’ baru-baru ini.




























