Pertandingan Kawad Kaki 2011 peringkat SMK Elopura
Tarikh : 18 Mei 2011
Tempat : Medan Elobest
Pertandingan Kawad Kaki Antara Unit Beruniform SMK Elopura Bestari telah diadakan pada 18 Mei 2011 bertempat di Medan Elobest. Pertandingan ini telah di sertai oleh 18 unit beruniform. Pertandingan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu kategori sidang pagi dan kategori sidang petang.
Bagi kategori sidang petang diadakan pada sesi pagi iaitu pada pukul 8.00 pagi hingga 11.00 pagi. Lapan pasukan unit beruniform telah menyertai pertandingan ini. Dalam pertandingan ini Unit Beruniform Pengakap telah menjadi johan. Tempat kedua pula telah digondol oleh Unit Beruniform Bulan Sabit Merah dan Kadet Polis menduduki tempat ketiga.
Bagi kategori sidang pagi pula telah diadakan pada pukul 2.00 hingga 5 .00 petang. Sepuluh pasukan unit beruniform telah menyerati pertandingan ini. Johan telah diraih oleh Unit Beruniform Kadet Polis (Tingkatan 6), naib johan Unit Beruniform Puteri Islam (Tingkatan 6) dan tempat ketiga Unit Beruniform Pengakap.
Pertandingan ini telah berjalan dengan lancar. Setiap pasukan pemenang telah menerima hadiah berupa wang tunai sebanyak RM300 bagi johan, RM200 bagi naib johan dan tempat ketiga menerima RM100. Semua hadiah telah disampaikan oleh Pengetua SMK Elopura, Puan Hjh. Kalsom Hj. Abd. Aziz.
KATEGORI SIDANG PETANG
JOHAN : Pengakap
NAIB JOHAN : Persatuan Bulan Sabit Merah
TEMPAT KE-3 : Kadet Polis
KATEGORI SIDANG PAGI
JOHAN : Kadet Polis (Tingkatan 6)
NAIB JOHAN : Puteri Islam (Tingkatan 6)
TEMPAT KE-3 : Pengakap


































