Laporan Aktiviti & Berita

Pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna, Kelab Pengguna Sekolah (CIP KPS)



Tarikh : 12 – 14 Mei 2017

Tempat : Pusat Latihan Kecemerlangan Koperasi (PULAKOP), Papar, Sabah

Pertandingan Cabaran Interaktif Pengguna – Kelab Pengguna Sekolah (CIPKPS) bagi Peringkat Negeri Sabah yang diadakan di Pusat Latihan Kecemerlangan Koperasi (PULAKOP), Papar, Kota Kinabalu telah berlangsung dengan jayanya. 4 orang peserta yang mewakili sekolah SMK Elopura telah menjuarai pertandingan CIP KPS Peringkat Zon yang telah diadakan pada bulan Mac 2017. Dengan ini, peserta dan seorang guru pengiring telah dijemput untuk menghadiri Pertandingan CIP KPS Tahun 2017 Peringkat Negeri Sabah. Oleh itu, peserta berkenaan dengan guru pengiring telah bertolak ke Kota Kinabalu pada 12 Mei.Terdapat 8 buah pasukan yang mewakili zon masing-masing telah terlibat dalam pertandingan dan setiap pasukan dianggotai 4 orang peserta.

Pada hari pertama setelah mendaftar, sesi taklimat telah disampaikan oleh pihak Outward Bound Sabah (tempat Flag Off CIP KPS 2017). Para peserta diterangkan peraturan dan perkara penting yang perlu dititikberatkan untuk aktiviti  keesokkan hari. Selepas itu, Ice Breaking telah dijalankan bagi semua peserta dari sekolah yang berbeza mengenali antara satu sama lain. Para peserta dapat melibatkan diri dalam aktiviti dengan seronok.

Pada hari kedua, para peserta dan guru pengiring bertolak ke Outward Bound Sabah iaitu tempat aktiviti pertandingan CIP KPS 2017.Pertandingan dibahagikan kepada 5 stesen. Setiap pasukan akan melalui 5 stesen dan setiap stesen akan ada soalan yang yang diberikan dan memerlukan kekuatan fizikal dan minda untuk menyelesaikannya. Cabaran yang perlu dihadapi dalam setiap stesen adalah seperti flying fox, rock climbing, tree climbing, water rafting, permainan tepung. Selepas melaksanakan tugasan yang diberikan, peserta diminta untuk menjawab soalan seperti jenis wang negara, geografi, alam sekitar dan lain-lain lagi. Setiap soalan akan menguji tahap pengetahuan dan kefahaman mereka tentang hak-hak kepenggunaan dan perkara-perkara yang mempunyai kaitan secara langsung ataupun tidak langsung tentang isu kepenggunaan. Manakala bagi aspek penilaian pula, ia akan dinilai dari 2 aspek iaitu pertama, kepantasan melepasi setiap cabaran dan kedua ialah melibatkan pasukan yang berjaya mengutip markah tertinggi bagi semua tugasan.

Peserta sekolah telah melakukan setiap tugasan dengan sedaya upaya. Setiap tugasan yang dilakukan memang memerlukan kerjasama antara ahli kumpulan dan peserta sekolah telah bekerjasama dengan baik. Melalui aktiviti ini, dipercayai bahawa hubungan antara satu sama lain menjadi bertambah mesra.Walaupun peserta sekolah tidak memenangi pertandingan, namun semangat berjuang habis-habisan amat dikagumi oleh semua pihak. Pihak sekolah mempercayai bahawa para peserta telah pengalaman & pengetahuan yang berharga dan tidak ternilai.


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.