Persidangan Teknologi Pendidikan Negeri Sabah
Tarikh: 21 November 2011
Tempat: Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah, Kota Kinabalu
Persidangan Teknologi Pendidikan Negeri Sabah (Teknopen Kinabalu) telah diadakan di Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Sabah, Kota Kinabalu pada 21 November 2011. Persidangan ini merupakan persidangan teknologi pendidikan yang julung kali diadakan di negeri Sabah yang bertema “Transformasi Generasi Bestari” telah dirasmikan oleh Datuk Dr. Haji Muhiddin bin Yusin, Pengarah Pelajaran Sabah.
Antara ucapan beliau ialah beliau menyatakan generasi pelajar kini adalah generasi digital, pendidik harus menggunakan pendekatan-pendekatan dan kemahiran pengajaran dan pembelajaran abad ke-21, agar pelajar tidak terbelakang dalam persaingan masa depan yang penuh cabaran. Terdapat 4 kertas utama dan 20 kertas kerja dibentangkan dalam persidangan ini. En. Wee Fwen Yep telah mewakili SMK Elopura, Sandakan membentangkan 1 kertas kerja bertajuk Meningkatkan Penguasaan Istilah-Istilah Dalam Biologi Melalui Permainan Interaktif “Guess The Term”.





















