Laporan Aktiviti & Berita

Perlantikan AJK Induk MAPPTEE Terbaru



Tarikh: 12 September 2011 (Isnin)

Tempat: Dewan Persona, SMK Elopura Sandakan

Ahli-ahli Jawatankuasa Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam (MAPPTEE) sesi 2011-2012 bertugas secara rasminya hari ini setelah berikrar secara berpasukan untuk menjalankan tugas secara beramanah di depan Pengetua serta para Pentadbir, Barisan Guru-guru serta pelajar-pelajar dalam Perhimpunan Sekolah Kali Ke-33.

Diketuai Pengerusi barunya, Mohd Hasbullah Bin Mohd Shukri, MAPPTEE akan terus berusaha untuk menjadi teladan kepada semua pelajar. Pengetua, Pn. Kalsom Abd Aziz memberi pengiktirafan kepada kedudukan MAPPTEE sebagai pertubuhan pemimpin pelajar tertinggi sekolah. Semua AJK Induk MAPPTEE yang hadir turut diberi sijil perlantikan masing-masing.

Barisan pemimpin tertinggi MAPPTEE terdiri daripada:

  1. Mohd Hasbullah Bin Mohd Shukri (6.1.5) – Pengerusi
  2. Muspah Binti Mustain (6.1.2) – Naib Pengerusi
  3. Syahliana Ezura Binti Sait (6.1.2) – Setiausaha
  4. Sitti Hasmidah Binti Hussin (6.1.4) – Bendahari

Ahli-ahli Jawatankuasa (AJK) MAPPTEE yang lain termasuk:

  1. Azwan Andi Azhaeri Bin Risyandi (6.1.2)
  2. Muhd Nazrin Bin Mattaib (6.1.1)
  3. Nael Bin Jenior (6.1.5)
  4. Mohd Rasid Muhammad (6.1.5)
  5. Welsa Wong (6.1.3)
  6. Mohd Zul Fitri (6.1.2)
  7. Suparman Saing (6.1.3)

Walaupun majlis perlantikan ini singkat, makna tersiratnya amatlah besar. Para pelajar Tingkatan Enam ini akan memikul tanggungjawab yang berat bagi menjaga nama baik serta disiplin sekolah.