Laporan Aktiviti & Berita

Perkhemahan Kadet Polis 2017



Perkhemahan Kadet Polis ini merupakan aktiviti tahunan yang dijalankan. Program ini boleh disertai oleh semua anggota kadet polis berdaftar dari SMK Elopura. Ia telah diadakan di SMK Elopura, Sandakan pada 17 hingga 19 Februari 2017. Aktiviti ini dilaksanakan selaras dengan kehendak Kementerian Pendidikan Malaysia yang ingin mewujudkan modal insan yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani melalui penyertaan dalam bidang kokurikulum. Seseorang pelajar itu wajib menyertai aktiviti kokurikulum untuk menyeimbangkan tahap sosial mereka dalam melangkah ke alam kehidupan yang lebih mencabar. Pengalaman yang ditimba melalui aktiviti perkhemahan ini bakal diaplikasikan oleh mereka apabila menempuhi alam kedewasaan kelak.

Matlamat program ini adalah untuk memberi pendekatan berkaitan kepimpinan dan disiplin  dalam setiap pelajar. Ia bertujuan untuk meningkatkan keyakinan diri serta menguji ketahanan fizikal danmental setiap peserta. Pelbagai aktiviti disusun dalam program ini agar sifat kepimpinan dalam diri peserta dapatditonjolkan dan dapat diaplikasi dalam menempuh cabaran yang mendatang. Program ini juga diselitkan denganaktiviti kerohanian untuk  membina keyakinan diri dan mengukuhkan  rohani agar dapat membentuk modal insanyang seimbang selaras dengan pembangunan negara yang mampan

Objektif Perkhemahan adalah:

3.1 Memberi peluang kepada pelajar merasai pengalaman dalam menyertai program kepimpinan.

3.2 Membentuk pelajar yang mampu berdikari dan mampu menyesuaikan diri dalam setiap situasi.

3.3 Melatih para pelajar untuk memupuk sikap toleransi, bertanggungjawab dan menghargai alam sekitar.

3.4 Meningkatkan keberanian dan keyakinan diri semasa menyertai aktiviti yang disediakan.

3.5 Melahirkan  para  pelajar  yang  berupaya  untuk  mengeluarkan  idea-idea  yang  bernas  semasa mereka menyertai aktiviti dalam kumpulan.

3.6 Memupuk   semangat  bekerjasama  antara   kumpulan   serta   mengikis   sikap   mementingkan     diri sendiri.

3.7 Melahirkan pelajar yang seimbang dari segi intelek, rohani, emosi dan sosial.

3.8 Melahirkan rasa kecintaan kepada alam-sekitar dan mensyukuri nikmat yang Allah berikan

 


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.