Pertandingan Perbahasan MAPPTEE
Tarikh: 20 Jun 2011
Tempat: Bilik Tun Hussien Onn
Satu pertandingan perbahasan peringkat sekolah telah dianjurkan oleh badan Persatuan MAPPTEE Tingkatan 6 SMK Elopura. Penyertaan setiap kelas dari Tingkatan 6 adalah wajib dan sebanyak 8 kumpulan telah menyertai pertandingan tersebut. Setiap kumpulan terdiri daripada 4 orang ahli, 3 orang pembahas dan seorang simpanan.
Dalam tatacara pertandingan perbahasan ala parlimen terdiri daripada dua pihak iaitu pencadang dan pembangkang. Pihak pencadang terdiri daripada Perdana Menteri, Menteri kedua dan Menteri Ketiga. Manakala pihak Pembangkang terdiri daripada Ketua Pembangkang, Pembangkang Kedua dan Pembangkang ketiga.
Pusingan pertama telah diadakan pada 4 April dan pusingan kedua seminggu selepas pusingan pertama berlangsung iaitu 12 April. Pusingan akhir telah diadakan pada 20 Jun di blik Tun Hussin Onn.
Berikut adalah keputusan pertandingan
Johan telah dimenangi oleh pihak pembangkang iaitu dari kelas 6.2.4 yang terdiri daripada:
- Sukjenetina Sukut, Ketua Pembangkang
- Amran Abdul Karim, Pembangkang Kedua dan
- Elvia Elciana Jude, Pembangkang Ketiga.
Naib Kedua pula dimenangi Pihak Pencadang dari 6.2.2 yang terdiri daripada:
- Badaria Bahar, Perdana Menteri
- Suriati Jusrin, Menteri Kedua dan
- Nurfaizalinah Abdul Sani, Menteri Ketiga
Manakala Tempat Ketiga bersama dimenangi kelas 6.2.3 dan 6.2.4
- Siti Kasmiyani Binti Kasim (6.2.3)
- Syarmilah Hanif (6.2.3)
- Firdaus Jasni (6.2.3)
- Nurul Khamisah Maidin (6.2.3)
- Surianti Ramang (6.2.4)
- Syamsul Matusin (6.2.4)
- Nurfarahain Amir (6.2.4)
- Mohd Shah Effendy Patrick (6.2.4)
Sukjenetina Sukut dari kelas 6.2.4 telah dinobatkan sebagai pembahas terbaik pertandingan.
Pertandingan perbahasan ini julung-julung kalinya diadakan di peringkat Tingkatan 6. Program seperti ini mampu melahirkan generasi muda yang mempunyai akal budi yang sihat dan berdaya saing. Oleh itu, diharapkan pertandingan ini akan diteruskan pada masa-masa yang akan datang sama ada di peringkat sekolah mahupun di peringkat yang lebih tinggi.






























