Majlis Penyerahan Blok Asrama Putera
Tarikh: 25 Mei 2010
Tempat: Blok Asrama/ Bilik Mesyuarat Persona
Pada 25 Mei 2010 telah berlangsung Majlis Penyerahan Blok Asrama Putera SMK Elopura daripada pihak kontraktor kepada Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)/ SMK Elopura. Majlis ini dimulakan dengan lawatan pemeriksaan oleh pihak KPM, SMK Elopura dan konsultan bersama-sama pihak kontraktor yang dilantik iaitu Syarikat Radiant Suria.
Blok Asrama Putera, SMK Elopura menjalani pembaikan dan penambahbaikan oleh KPM melalui Syarikat Radiant Suria sejak tahun 2009 akibat daripada kebakaran di tingkat 4 yang berlaku pada 21 OktoberĀ tahun 2008. Berikut adalah kronologi peristiwa:
21 OKTOBER 2008:
- Tingkat 4 Blok Asrama Putera, SMK Elopura terbakar sekitar jam 7.00 malam
Sepanjang TAHUN 2009:
- Laporan kepada pihak Pejabat Pelajaran Daerah Sandakan, Jabatan Pelajaran Negeri Sabah dan KPM
- Penilaian terhadap nilai-nilai kerosakan dan kos-kos membaikpulih
- Kerja-kerja membaikpulih dimulakan
MEI 2010:
- Blok Asrama Putera, SMK Elopura secara rasminya diserahkan kepada pihak KPM/ SMK Elopura oleh pihak kontraktor.
Penolong Kanan HEM, Cik Raiha memaklumkan asrama tersebut dijangka akan dihuni oleh pelajar-pelajar lelaki pada 26 Jun 2010 (Ketika artikel ini disiarkan pelajar asrama sudah pun mula memasuki asrama putera). Pada hari tersebut juga akan diadakan solat hajat oleh bakal pelajar-pelajar yang akan menghuni Blok Asrama Putera. Diharap dengan kemudahan yang telah ditambahbaik ini akan memberi rangsangan kepada pelajar-pelajar asrama untuk meningkat pencapaian akademik, ko-kurikulum dan sahsiah diri masing-masing.































