Majlis Penyampaian Poster Ramsar
Tarikh: 14 Jun 2010
Tempat: Dewan Persona SMK Elopura Sandakan
Pada 14hb Jun 2010 (Isnin) telah berlangsungnya majlis taklimat dan penyampaian poster Ramsar bertempat di dewan Persona Sekolah Menengah Elopura (Bestari). Majlis ini telah di rasmikan oleh pengarah pelajaran Negeri Sabah , Dr. Hj Muhiddin bin Yusin.
Tujuan program ini adalah untuk meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kepentingan menjaga dan memulihara alam sekitar khususnya kawasan paya bakau dan tanah lembap.Jabatan Perhutanan turut memainkan peranan dalam memberi perlindungan spesis hidupan dan juga mengekalkan ekosistem semulajadi.
Program ini turut dihadiri Pengarah Pusat Biodiversiti Sabah, Dr. Abdul Fatah Amir bersama pegawai JICA (Agensi Kerjasama Antarabangsa Jepun) En. Motohiro Hasegawa yang bertidak sebagai ketua penasihat BBEC (Konservasi Biodiversiti dan Ekosistem Borneo). Seramai lebih kurang 200 peserta mengikuti program ini.































