Laporan Aktiviti & Berita

Penjualan Bendera SABATA 2011



Tarikh: 23 September 2011 (Jumaat)

Tempat: SMK Elopura Sandakan

SMK Elopura Sandakan merupakan salah sebuah sekolah yang aktif dalam membantu aktiviti Persatuan Pencegah Batuk Kering Sabah (SABATA).

Pada tahun ini, pelancaran penjualan bendera SABATA telah dirasmikan oleh TYT Yang Di Pertua Negeri Sabah, Datuk Seri Panglima Hj. Juhar Bin Hj. Mahiruddin selaku Penaung SABATA pada 4 Julai.

Walaupun, surat pihak SABATA diterima pada 23 Ogos, SMK Elopura tetap bersedia membantu. Tambahan lagi bulan Ogos tahun ini disemarak dengan semangat Kemerdekaan serta Ramadan. Kutipan telah dijalankan sepanjang tempoh sebulan.

Pada hari ini, 23 September, jumlah kutipan yang telah diperoleh adalah RM213.25 dan harapkan kami wang ini boleh membantu kerja-kerja mencegah penyakit batuk kering serta sedikit sebanyak meringankan beban pesakit-pesakit batuk kering. Cek akan dihantar kepada SABATA di Kota Kinabalu dengan kadar segera.