OPERASI B.O.S.S. BERMULA
Tarikh: 14 Oktober 2011
Tempat: Bilik SPBT, SMK Elopura Sandakan
Bermula awal bulan oktober 2011, Unit SPBT SMK Elopura melaksanakan proses pemulangan dan peminjaman buku teks sekolah. Proses ini bermula untuk sessi sebelah pagi iaitu tingkatan 4 dan 5. Tarikh pemulangan adalah 13 – 14 Oktober 2011 bagi Tingkatan 5 dan 27 – 28 Oktober pula bagi Tingkatan 4. Untuk Tingkatan 4, proses pemulangan buku teks akan diteruskan dengan proses peminjaman buku teks Tingkatan 5 untuk kegunaan tahun hadapan. Bagi sessi petang iaitu tingkatan 1 hingga 3, proses pemulangan dan peminjaman bermula pada akhir bulan Oktober dan awal November. Pelajar-pelajar Tingkatan 1 akan bermula memulangkan buku teks pada 1 – 2 November 2011 manakala Tingkatan 2 akan menjalan proses pemulangan dan pemulangan pada 2 – 4 November. Bagi Tingkatan 3 pula, proses pemulangan akan bermula pada 21 – 23 Oktober.



























