Laporan Aktiviti & Berita

Syafiqah bantu kuartet 4 x 400m Sabah raih emas di Kejohanan Olahraga MSSM 2011



(Kredit Foto : Encik Sarbi Bin Mat Nah, SK Bekor, Kuala Kangsar, Perak)

 

Tarikh : 19 Mei – 25 Mei 2011

Tempat : Stadium Perak, Ipoh

Setelah gagal meraihkan sebarang pingat untuk acara individu bagi dirinya, hari terakhir menyaksikan Siti Nursyafiqah berjaya membantu kuartet 4 x 400m Sabah mengungguli acara terakhir tersebut. Dari kedudukan ketujuh, Nursyafiqah yang menjadi pelari kedua kuartet Sabah berjaya memintas 3 orang pesaing lain. Pelari ketiga dan keempat Sabah berjaya juga menunjukkan persembahan yang menarik dan bersaing hebat dengan kuartet Terengganu yang akhirnya akur dengan kehebatan kuartet dari Sabah.

Sepanjang kejohanan Siti Nursyafiqah berjaya mara ke pusingan akhir bagi acara 400m dan menduduki tempat ke 7. Bagi acara akhir 400m berpagar pula Nursyafiqah menduduki tempat keempat dengan mencatat masa 67.05s.

Tahniah di ucapkan kepada Siti Nursyafiqah Idayu dari kami warga SMK Elopura