Majlis Pelancaran Program Peningkatan Prestasi Ting. 6 2010
Tarikh: 30 Mac 2010 (Selasa)
Masa: 1.00 – 3.00 petang
Tempat: Dewan Persona, SMK Elopura Sandakan
Seramai 76 orang pelajar Ting. 6 bersama-sama dengan 7 orang ibu bapa dan 20 orang guru menyempurnakan Majlis Pelancaran Program Peningkatan Prestasi Ting. 6 bagi tahun 2010. Semua Pelajar Ting. 6 telah mengetahui pelunjuran mereka masing-masing dan berjanji akan meningkatkan pencapaian mereka serta sekolah berdasarkan kepada sasaran yang telah ditetapkan. Penerimaan transkrip Gempur Minda 2 mereka memberikan gambaran kedudukan mereka daripada sasaran mereka.
Tambahan pula, kehadiran ibubapa juga memberikan motivasi yang tinggi kepada anak-anak mereka. Ibu bapa berasa bangga dengan anak-anak mereka yang menerima hadiah dan memahami program-program yang dirancang oleh Jawatankuasa Peningkatan Prestasi Ting. 6 SMKE untuk membantu anak mereka mencapai keputusan yang lebih cemerlang.
Antara program yang telah dirancang adalah Program Motivasi, Program Kelas Gemilang, Program Elite, Program Invincible dan Program Hope. Majlis ini telah diselaraskan oleh En. Chak Kian Hiung dan disempurnakan oleh Tuan Pengetua Pn. Hjh. Kalsom Binti Haji Abd. Aziz. Turut hadir adalah Penolong Kanan Ting. 6, Pn. Basarah Bakar.






























