Laporan Aktiviti & Berita

MINGGU ORIENTASI PELAJAR TINGKATAN 6 SESI 2017/2018



TARIKH  : 2 – 5 MEI 2017

TEMPAT : DEWAN PERSONA, SMK ELOPURA

Pada 2 Mei 2017 yang lalu, sesi pendaftaran para pelajar tingkatan 6 sesi 2017/2018 telah dilaksanakan dengan jayanya di Dewan Persona, SMK Elopura. Dalam sesi pendaftaran tersebut, seramai 136 orang bakal pelajar tingkatan 6 bawah telah melapor diri dan seterusnya menyertai program Minggu Orientasi Pelajar Tingkatan 6 Bawah yang diadakan selama 4 hari.

Antara aktiviti yang diadakan semasa Minggu Orientasi tersebut ialah soal selidik inventori minat yang dilaksanakan oleh Unit Bimbingan dan Kaunseling, taklimat Unit Kurikulum, taklimat Unit HEM, taklimat Unit Kokurikulum, taklimat Unit Peperiksaan, dan  taklimat oleh guru subjek setiap mata pelajaran. Selain itu, Kempen Derma Darah kali ke-33 turut diadakan pada hari ketiga Minggu Orientasi. Manakala, pada hari terakhir pula, para pelajar terlibat dengan aktiviti gotong-royong untuk membersihkan bilik darjah masing-masing.

Dengan berakhirnya Minggu Orientasi tersebut, para pelajar tingkatan 6 sesi 2017/2018 akan memulakan sesi p&p mereka seawal minggu kedua untuk Penggal 1 ini. Oleh itu, barisan pensyarah Unit Tingkatan 6 berharap agar para pelajar tingkatan 6 sesi 2017/2018 telah bersiap sedia dari aspek mental dan fizikal untuk melakar kejayaan yang cemerlang dalam peperiksaan STPM 2018. Tahniah sekali lagi!

 

 

 

 

 


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.