Laporan Aktiviti & Berita

Minggu ICT Sekolah 2018



Tarikh : 26 – 29 Mac 2018

Tempat : SMK Elopura

Pembestarian Pendidikan merupakan satu agenda utama Kementerian Pendidikan dalam pendidikan masa kini.Konsep Pembestarian Pendidikan di sekolah adalah berteraskan kepada penggunaan teknologi pendidikan secara berkesan dalam pengajaran dan pembelajaran. Cabaran Pembestarian Pendidikan adalah untuk memastikan semua sekolah menggunakan produk dan perkhidmatan teknologi pendidikan. Minggu ICT dapat menjadi saluran untuk menyampaikan maklumat secara terus kepada sekolah dan komuniti luar tentang Pembestarian Pendidikan dan pengisiannya.

Antara aktiviti menarik yang berlangsung sepanjang Minggu ICT adalah Pertandingan Games Online, Quiz Online, Doodle Art Frog VLE dan Kraf ICT untuk pelajar. Manakala pertandingan untuk guru dan AKP adalah pertandingan Menaip Pantas danĀ  Games Online. Bagi menyokong penggunaan Frog VLE di sekolah, Anugerah Guru dan Murid Paling Aktif Menggunakan Frog VLE juga dipertandingkan.

Tahniah kepada semua pemenang dan terima kasih kepada semua warga Elopura yang menyokong setiap aktiviti yang dijalankan. Semoga Minggu ICT Sekolah ini dapat diteruskan pada masa akan datang.

 

 

 


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.