Minggu Bidang Kemanusiaan 2010
Tarikh: 1 – 5 Mac 2010
Tempat: SMK Elopura Sandakan
Pada 1-5 Mac 2010 yang lalu telah berlangsung Minggu Bidang Kemanusiaan anjuran Bidang Kemanusiaan SMK Elopura, Sandakan dengan tema “1 Elopura”. Majlis pelancarannya telah disempurnakan oleh Pengetua SMK Elopura, Puan Hajah Kalsom Bt Abd. Aziz. Beberapa aktiviti telah dijalankan dibawah seliaan panitia-panitia dibawah Bidang Kemanusiaan seperti:
Panitia Sejarah (Encik Shahrizan Effendi Bin Saari)
Panitia Pendidikan Islam (Puan Hairianti Tajudin)
Panitia Pendidikan Moral (Puan Aini Nonchi)
Panitia Geografi (Encik Shamshol Bhari Bin Rasit)
Panitia Pendidikan Sivik dan Kenegaraan (Encik Azman Abas)
Panitia Pendidikan Jasmani dan Pendidikan Kesihatan (Encik Zainudin Mahat)
Panitia PSV (Puan Rosnah Hashim)
Antara aktiviti/ pertandingan yang dijalankan ialah:
- Kuiz Sejarah
- Koir Patriotik
- Pertandingan azan
- Kuiz Agama Islam
- Pertandingan Bercerita Kisah Tauladan
- Pertandingan Permainan Tradisional
- Kuiz Geografi
- Teka Silang Kata
- Ujian SEGA
Kemuncak Minggu Bidang Kemanusiaan ini telah diadakan Kempen Menderma Darah (tolong hyperlinkkan link Kempen Derma Darah) yang berlangsung pada 6 Mac 2010 di Dewan Persona dibawah seliaan Ketua Bidang Kemanusiaan, Cik Rahima Lagago dan mendapat kerjasama sepenuhnya dari Hospital Duchess of Kent.
Hadiah kepada pemenang-pemenang pertandingan telah disampaikan oleh Pengetua SMK Elopura, Puan Hajah Kalsom di satu majlis ringkas pada Perhimpunan Isnin 22 Mac 2010.
Kami di pihak Bidang Kemanusiaan merakamkan jutaan terima kasih kepada pentadbir, guru-guru dan pelajar-pelajar yang memberi sokongan dan melibatkan diri dalam aktiviti-aktiviti yang dijalankan. Berjumpa kita lagi di tahun 2011.



























