Laporan Aktiviti & Berita

Mesyuarat Akhir Tahun 2016



Pada 25.11.2016 bersamaan Jumaat yang lalu, warga SMK Elopura dan Sekolah Seni Malaysia Sabah (SSeMS)  telah menghadiri Mesyuarat Akhir Tahun 2016 yang diadakan di e-lab SMK Elopura, Sandakan. Antara aktiviti pada hari tersebut adalah laporan sepanjang tahun 2016 yang dibentangkan oleh guru-guru Perdana, AKP SMK Elopura dan guru-guru Sekolah Seni Malaysia Sabah, penyampaian hadiah kepada warga sekolah yang mendapat cahayamata serta penyampaian hadiah kepada guru-guru yang akan berpindah.Pihak sekolah mengucapkan selamat bercuti kepada semua guru-guru SMK Elopura dan Sekolah Seni Malaysia Sabah dan semoga berjumpa lagi di tahun 2017.


PENAFIAN:Setiap maklumat yang terkandung di laman web rasmi SMK Elopura adalah tepat dan terkini. Walau bagaimanapun, maklumat yang didapati di laman ini boleh diubah, disunting atau ditarik semula dari semasa ke semasa dan pihak SMK Elopura tidak bertanggungjawab terhadap sebarang liabiliti berkenaan ketepatan maklumat yang dipaparkan. Pihak SMK Elopura berhak membuat sebarang perubahan tanpa sebarang notis. Sesetengah maklumat adalah pautan dari pihak ketiga dan pihak SMK Elopura tidak akan bertanggungjawab terhadap ketepatan atau sebarang perkara lain yang berkait dengan pautan-pautan berkenaan.