Merentas Desa 2011
Tarikh: 14 Januari 2011 | 20 Januari 2011
Tempat: SMK Gum Gum, Sandakan | Beluran
SMK Elopura menghantar 4 orang wakil ke pertandingan Merentas Desa peringkat daerah Sandakan pada 14 Januari 2011 bertempat di SMK Gum Gum, Sandakan. Pelajar yang terlibat ialah:-
- Muhammad Abdulrin bin Abdulsih (5.5) – kategori Lelaki bawah 18 tahun
- Jemis Wong (5.4) – kategori Lelaki bawah 18 tahun
- Nurul Haslinda Abdul Kahar (5.4) – kategori Perempuan bawah 18 tahun
- Sarifah Syakina Karmin (3.5) – kategori Perempuan bawah 15 tahun
Pelari sekolah, Sarifah Syakina Karmin (3.5) berjaya menjuarai kategori perempuan bawah 15 dan akan mewakili daerah Sandakan ke Pertandingan Merentas Desa peringkat Bahagian Sandakan yang akan berlangsung di daerah Beluran pada 20 Januari 2011.
Dalam pertandingan Merentas Desa peringkat Bahagian Sandakan yang telah diadakan pada 20 Januari 2001 di Beluran, wakil daerah Sandakan, Saudari Sarifah Sakinah Karmin, telah bertanding dalam kategori Perempuan bawah 15 tahun. Beliau telah berjaya mendapat tempat kedua sekaligus berjaya mewakili Bahagian Sandakan ke Pertandingan Merentas Desa Peringkat Negeri Sabah yang dijadualkan pada 27, 28 dan 29 Januari ini di daerah Keningau. Guru penyelaras yang terlibat dalam pertandingan ini adalah Cikgu Oswald C. Jokinol.






























