Laporan Aktiviti & Berita

Sambutan Merdeka Raya & Pelancaran Alumni



Tarikh : 24 September 2011

Tempat : SMK Elopura

Pada 24 September 2011 (Sabtu) yang lalu telah berlangsung dengan jayanya Program Merdeka Raya, peringkat SMK Elopura yang telah dikelola oleh Majlis Perwakilan Pelajar Tingkatan Enam Elopura (MAPPTEE).

Program yang berkonsepkan Rumah Terbuka ini telah disertai 48 gerai kelas, 1 gerai PIBG dan 1 gerai guru-guru. Program yang julung-julung kali diadakan ini telah di serikan dengan kehadiran Timbalan Yang Dipertua PIBG SMK Elopura, Encik Risyandi Latif Bin Sakka dan rombongan guru-guru dan pelajar-pelajar dari SMK Sukau yang diketuai oleh Pengetua SMK Sukau, Encik Albert Bayoi.

Selain program Merdeka Raya ini turut berlangsung Majlis Pelancaran Persatuan Alumni SMK Elopura yang telah disempurnakan oleh Yang Dipertua Persatuan Alumni, Encik Mohd Fazil Bin Ajak.

Program yang bermula pada jam 8 pagi ini diakhiri dengan persembahan-persembahan oleh warga SMK Elopura dan penyampaian hadiah kepada pemenang-pemenang cabutan bertuah.