Laporan Aktiviti & Berita

Sambutan Maulidur Rasul 2011



Tarikh: 13 Rabiul awal 1432 (14 Februari 2011)

Tempat: SMK Elopura Sandakan

Sambutan Maulidur rasul di peringkat sekolah yang disambut lebih awal sehari adalah berhadafkan menyuburkan semula perasaan cintakan Rasulullah agar  menjadikan baginda sebagai contoh teladan dalam aspek kehidupan.

Majlis bermula sekitar jam 7.00 pagi dimana semua pelajar dan guru berhimpun di tapak perhimpunan blok Waja. Bagi memohon keberkatan majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh adik Amir Solihan diikuti dengan laungan asmaulhusna oleh semua warga Elopura seterusnya selawat yang ketuai oleh adik Awang, pelajar Kelas Aliran Arab (KKA) dan pelajar PERPIS.

Kemuncak bagi program ini adalah ceramah perdana yang disampaikan oleh Penceramah jemputan yang tidak asing dimana suara beliau sentiasa kedengaran dicorong-corong radio iaitu Ustaz Asmin Bin Amin. Semua hadirian begitu khusyuk mendengar isi ceramah yang disampaikan dengan penuh minat dan bermakna. Acara seterusnya semua warga Elopura berarak beramai-ramai dari blok Waja ke blok Perdana sepanjang  1km. Sepanjang perarakan tidak putus-putus ini kedengaran laungan selawat dengan penuh bersemangat.

Acara di dalam dewan dan masjid diteruskan setelah pelajar diberikan rehat sambil menikmati jamuan ringan yang disediakan oleh pihak sekolah.

Bagi acara di dewan pelbagai aktiviti yang telah diadakan antaranya bacaan Al-Quran oleh adik Kadir, Persembahan Nasyid, Pertandingan Sajak yang diwakili oleh setiap kelas daripada pelajar Tingkatan 4-6, Tayangan Slide berkaitan wasiat dan perjuangan Nabi.

Berikut adalah keputusan Pertandingan Deklamasi Sajak

  1. Tempat Pertama:  Syamsul Matusin (6.2.4)
  2. Tempat Kedua: Noor Atika Sampai (4.2)
  3. Tempat Ketiga:  Hamizah Murat (5.1)

Pada masa yang sama program serentak diadakan di masjid. Program dimulakan dengan Solat Dhuha dan Hajat yang dilakukan secara berjemaah seterusnya bacaan Al-Quran oleh adik Awang, Persembahan Nasyid, Pertandingan Melukis yang disertai oleh semua pelajar Tingkatan 1,  2 dan 3, Pertandingan Azan yang diwakili oleh setiap kelas serta Tayangan Slide berkaitan wasiat dan perjuangan Nabi.

Bagi Pertandingan Melukis

Kategori Tingkatan Satu

  1. Tempat Pertama: Norhama Masrip (1.1)
  2. Tempat Kedua: Vanniesia mae Kassim (1.1)
  3. Tempat Ketiga: Norasikin Suroso (1.3).

Kategori Tingkatan Dua

  1. Tempat Pertama: Ika Natasha (2.1)
  2. Tempat Kedua: Nurhidayah (2.4)
  3. Tempat Ketiga: Muhd. Budiman (2.3)

Bagi Pertandinagn Azan

  1. Tempat Pertama: Amir Salehan (3.7)
  2. Tempat Kedua: Arif (3.7)
  3. Tempat Ketiga: Muhd. Hafiz Basyir (2.5)

Majlis berakhir sekitar jam 1.00 tengahari. Adalah diharapkan berakhirnya program ini bukan berakhirnya ingatan kita terhadap Junjungan besar Nabi Muhammad s.a.w malah diharapkan bermulanya benih-benih kasih kita terhadap Baginda yang membawa kita kepada mencontohi Baginda dalam semua aspek kehidupan. Amin ya Rabbalalamin.

Syukran jazilan diucapkan kepada Tuan Pengetua Puan Hjh Kalsom Abd Aziz, YTP PIBG Encik Salamun Ali, Penolong-penolong kanan, Guru-guru kanan, Ustaz-Ustazah, guru-guru serta semua AJK atas sokongan dan kerjasama yang diberikan samada secara langsung atau tidak langsung.